ABC News hari ini melaporan pihak Pentagon percaya tindakan menutup
dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370
yang berlaku berasingan, memberi petunjuk ia dilakukan dengan sengaja.
Laporan agensi media itu juga memaklumkan dia pegawai Amerika Syarikat
berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada pukul 1.07 pagi
sementara alat transponder dipadamkan pada pukul 1.21 pagi Sabtu lepas.
Ia berlaku ketika pesawat yang diketahui membawa 239 orang penumpang
itu hilang dari liputan radar.“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang
disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan
oleh ABC.
Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan
memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza, ini merupakan
peralatan satelit untuk menerima isyarat dari sesebuah stesen lain ke bumi.
Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara
manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang men-
yebabkan pesawat itu hilang dari langit.
Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang
lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang
pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana
arah pesawat tersasar itu.
Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu
berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan
teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas
sejam berlepas dari Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.MY