Walaupun dinafikan oleh kerajaan Malaysia, namun penyiasat Amerika Syarikat (AS) masih kekal dengan pandangan bahawa MH370 mungkin
telah terbang sehingga 4 jam lagi selepas hubungan dengan menara
kawalan dipercayai sengaja diputuskan pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.
Menurut pakar berkenaan, laporan media sebelum ini bahawa maklumat
dihantar oleh enjin Boeing memang tidak tepat tetapi sebenarnya ia
merujuk kepada analisa isyarat komunikasi satelit berkaitan status
sesetengah sistem dalam penerbangan yang dihantar Boeing 777 secara
otomatik ke daratan.
Menurut pakar berkenaan, hampir 4 jam selepas MH307 hilang dari radar
awam, saluran komunikasi dalam kapal terus berhubung dengan satelit
dalam mode ‘stand by’.
Komunikasi tahap itu menurut pakar berkenaan tidak menghantar
sebarang data tetapi memperlihatkan kapal terbabit sebagai tidak
terhempas dan masih beroperasi.Merumuskan perkara itu, pakar berkenaan
berkata, selepas hilang dari radar awam, sistem komunikasi kapal berkenaan
masih berhubung dengan satelit cuma ia tidak menghantar apa-apa maklumat
atau data.
Andai kapal berkenaan meletup atau musnah di udara, maka tidak akan
ada apa-apa langsung perhubungan antara sistem dalam kapal dengan
satelit.“Perumpamaannya di sini ialah kapal itu berkata, saya masih di
sini dan saya bersedia untuk menghantar data,” katanya seperti yang
dilaporkan Asia Wall Street Journal.
Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein semalam menyangkal dakwaan media asing
bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, telah terbang untuk beberapa
jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan
kemungkinan adanya cubaan rampasan.
Beliau berkata transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07
pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.Hishammuddin
berkata berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS telah bertanya
kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai
penghantaran data, dan syarikat berkenaan menyatakan laporan itu
adalah tidak tepat.
Menurut analisa pakar, jika kapal berkenaan terus terbang selama
4 jam lagi setelah hilang dari radar, maka pesawat berkenaan telah
mengembara 2,200 Batu Nautika Atau 4,048 kilometer (KM) dari
lokasi ia hilang.
Ia boleh meliputi antara kawasan seperti Papua New Guinea, Irian
Jaya, Utara Australia, Burma, India, Pakistan, Laos dan lain-lain lagi.
Pegawai mencegah keganasan Amerika Syarikat sedang memeriksa
sama ada MH370 “secara sengaja mengubah haluan” daripada laluan
yang dirancang dengan “hasrat untuk menggunakannya kemudian
bagi tujuan lain.” – MYNEWSHUB