Ramai berasa kurang senang dengan tindakan Bomoh VIP atau Ibrahim Mat Zin
yang melakukan ritual pelik di KLIA tempoh hari kerana ia dianggap memalukan
negara.Salah seorangnya adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
(KJ) yang meluahkan perasaan tersebut menerusi Twitter.
Rupa-rupanya, tindakan KJ ini telah mendatangkan kemarahan Ibrahim
apabila mengetahuinya.Justeru, Ibrahim memberi amaran mahu mengambil
tindakan terhadap KJ termasuk menyaman sebanyak RM100 juta dan bertemu
dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memprotes tentang
pemilihan KJ sebagai menteri.
Menyifatkan KJ sebagai budak baru yang mencari publisiti menggunakan
namanya, Ibrahim turut mencabar KJ agar meletak jawatan sebagai menteri
dan berlawandengannya.
“Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap,
”tutur Ibrahim dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di YouTube
sejak semalam.-mynewshub