Kuala Lumpur - Kerajaan Perancis menawarkan bantuan kepada Malaysia
untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari
Kuala Lumpur ke Beijing.
Perdana Menteri berkenaan Jean-Marc Ayrault, dalam suratnya kepada
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Pejabat
Penyiasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Awam Perancis
bersedia memberikan bantuan kepada Malaysia.
Sambil menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kehilangan pesawat
Malaysia Airlines itu, Ayrault berharap pesawat itu dapat ditemui dengan
segera.
"Saya ingin memberi jaminan kepada anda, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, tentang pertimbangan tertinggi saya (terhadap usaha ini)," kata beliau.
Laporan awal menyatakan terdapat empat penumpang Perancis dalam pesawat
itu, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.sumber