Sepang - Dalam sidang media mengenai perkembangan usaha mencari dan
menyelamat MH370 yang telah masuk hari ketujuh, Datuk Seri Hishammuddin
berkata operasi mencari telah diluaskan lagi di Lautan Hindi dan ke timur
Laut China Selatan.
"Buat masa ini terdapat 57 kapal dan 48 pesawat dalam usaha mencari.Tiga
belas negara kini terlibat," katanya semalam.
Beliau berkata Boeing dan Rolls Royce mengesahkan satu laporan media
bahawa data enjin menunjukkan pesawat itu telah terbang untuk beberapa
jam selepas perhubungan terakhir, adalah tidak benar.
Beliau juga berkata dua tumpahan minyak dikesan di Laut China Selatan,
kira-kira 60 batu nautika selatan di mana perhubungan terakhir dengan
MH370, bukanlah daripada pesawat yang hilang itu.
"Tumpahan pertama yang telah disiasat dan dianalisis didapati mengandungi
sedikit kesan bahan api jet.Tiada serpihan ditemui di kawasan itu.Kami tidak
percaya tumpahan itu berkaitan dengan MH370.sumber