Vietnam hari ini menghentikan sepenuhnya sebarang usaha mencari
dan menyelamat pesawat MH370 dalam wilayah penerbangan negara itu.
Langkah itu diambil selepas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak mengatakan tindakan sengaja merupakan punca kapal berkenaan
hilang dari radar ketika dalam penerbangan ke Beijing, 8 Mac lalu dan ia telah
diterbangkan ke arah barat Semenanjung Malaysia.
Pengesahan itu dibuat oleh Naib Ketua Turus Tentera Vietnam, Lt. Gen. Vo
Van Tuan kepada media rasmi negara itu.“Kami telah secara aktif berusaha
mengesan kapal berkenaan dari hari pertama (ia dilaporkan hilang), dan itu
adalah tanggungjawab kami sebagai rakan di wilayah itu,” katanya.
Beliau berkata, negaranya telah mengerakkan 11 pesawat udara dan 10 kapal
laut dalam operasi pengesanan itu.Mynewshub