Perdana Menteri Sahkan MH370 Dilencongkan Dengan SengajaPerdana Menteri
Datuk Seri Najib TUn Razak sebentar tadi mengesahkan kapal MH370 telah
dilencongkan dengan sengaja ke laluan baru.
Walaupun tidak menyatakan secara tepat ia dirampas, tetapi beliau mengakui
campur tangan secara sengaja telah menyebabkan kapal itu hilang daripada
radar awam.
Beliau mengaku ia telah dengan sengaja diterbangkan pihak tertentu ke arah
baratmelintas semenanjung Malaysia.Kata Najib, data memperlihatkan kapal
masih di udara jam 8.11 pagi (perhubungan terakhir) walaupun ia sepatutnya
sudah mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.Beliau berkata, siasatan kini bertumpu
kepada koridor utara di kawasan Kazakstan dan Thailand serta koridor selatan
(Indonesia dan laut selatan India).
Penyiasat merumuskan bahawa seorang atau lebih orang yang memiliki
pengalamanmenerbangkan kapal yang agak tinggi telah merampas (hijacked)
kapal MH370, mematikan alatan komunikasi dan mengubah haluan kapal,
menurut seorang pegawai Malaysia yang terbabit dalam siasatan itu, lapor Los
Angeles Times dan Associated Press.
Tiada motif atau permintaan yang diketahui setakat ini dan tidak pasti secara
tepat ke mana kapal berkenaan telah dibawa, kata pegawai berkenaan yang
bercakap tanpa mendedahkan namanya kerana dia tidak dibenarkan bercakap
kepada media.
Menurut pegawai berkenaan, rampasan kapal terbang bukan lagi setakat teori.
“Ia sudah tidak boleh disangkal,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan
mengadakansatu sidang media khas sebentar lagi di KLIA.Tidak diketahui apa
kandungan sidang media berkenaan namun berkemungkinan untuk mengesahkan
MH370 telah dirampas.
Beliau akan hanya membuat satu kenyataan dan dijangka tidak akan menjawab
sebarang soalan media. Semua soalan perlu diajukan semasa sidang media jam.
Buat pertama kalinya, bilik media telah diarah untuk dikosongkan bagi tujuan
keselamatan.Dalam pada itu, seorang pramugari yang sepatutnya bertugas
dalam penerbangan MH370 tetapi tidak hadir untuk berkerja telah ditahan
oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu.
Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul
12.41 pagi Sabtu.Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.