New Delhi - Bangladesh menjadi negara terbaru menyertai misi mencari dan
menyelamat MH370, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang
sejak awal pagi Sabtu lepas.
Menurut sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan, Bangladesh akan
mengerahkan semua aset yang boleh ke Malaysia bagi membantu operasi
tersebut.Antara aset terawal Bangladesh yang akan menyertai misi mencari dan
menyelamat itu ialah dua pesawat peninjau dan dua kapal perang peronda atau
frigat.
Mereka akan memulakan misi di Teluk Benggala dan akan menyelaraskan
pencarian di Lautan Hindi dengan tentera laut Malaysia.sumber