Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sidang
media sebentar tadi, mengumumkan bahawa siasatan kes kehilangan
pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu kini memasuki fasa baru.
Hal ini susulan maklumat terbaru yang diterima Kerajaan Malaysia, termasuk
waktu terakhir komunikasi pesawat dengan radar primari adalah pada 8.11 pagi,
8 Mac lepas.
Justeru, usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) yang sebelum ini ditumpukan
di sekitar Laut China Selatan akan ditamatkan manakala penyiasatan kini
bakal dilakukan di dua blok iaitu Koridor Utara dan Koridor Selatan dengan
pertambahan bilangan aset.
Koridor Utara meliputi sempadan Thailand ke sempadan Kazakhstan dan
Turkmenistan manakala Koridor Selatan, merentasi Utara Indonesia
hingga Selatan Laut Hindi.Kenyataan Najib ini sekaligus menjelaskan
mengapa ramai wakil kedutaan asing turut menghadiri sidang media
hari ini.
Ia disebabkan Kerajaan Malaysia akan memberi taklimat khas kepada
wakil kedutaan luar negara terlibat yang mungkin dapat membantu usaha
terbaru pencarian pesawat MH370 yang kian misteri.
Turut diberikan penerangan, wakil negara yang mempunyai rakyatnya
sebagai penumpang dalam penerbangan tersebut.Biarpun media sudah mula
melaporkan bahawa berlaku rampasan pesawat MH370, Najib bagaimana pun
memilih untuk menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia masih menyiasat punca
sebenar mengapa pesawat tersebut dilencongkan daripada destinasi asalnya.
Menerusi sidang media hari ini, Najib turut mengakui siasatan kini merangkumi
aspek lebih menyeluruh termasuk memfokuskan kepada penumpang dan anak
kapal MH370.Difahamkan, fasa baru siasatan ini sudah terlebih dahulu di-
maklumkan oleh MAS kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat
yang terlibat, pagi tadi.MYNEWSHUB